Logo Majlis TVET

PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

TVET Warga Emas

PASAK di bawah Koridor TVET Perak dan Program Pemberdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat menganjurkan TVET Warga Emas. TVET Warga Emas ini adalah untuk menggerakkan agenda “Satu Warga Satu Skil” melalui pelaksanaan latihan jangka pendek bagi memberikan nilai tambah (add on value) kepada peserta untuk ditempatkan ke dalam industri atau janaan peluang pendapatan.


Tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan warga emas agar kekal produktif dan relevan dalam masyarakat. Program Latihan selama 5 hari ini memberikan latihan kemahiran jangka pendek yang khusus dan praktikal. Dengan tumpuan pada nilai tambah dan kemahiran yang relevan, program ini berusaha memberdayakan warga emas supaya mereka dapat memberikan sumbangan positif dalam masyarakat dan ekonomi secara berterusan. Bagi peserta yang terlibat dalam program penjagaan warga emas pula, mereka didedahkan dengan kemahiran yang diperlukan dalam bidang perkhidmatan kepada warga emas.