Logo Majlis TVET

PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

TVET OKU

Latihan kemahiran jangka pendek khusus kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam membantu peserta menjana pendapatan melalui elemen keusahawanan daripada hasil latihan. Pelaksanaan kursus TVET OKU ini adalah untuk memastikan semua golongan OKU setiap daerah di negeri Perak mendapat ruang dan peluang untuk menyertai program seperti ini.

 

Selari dengan hala tuju Kerajaan Negeri Perak dalam aspek penjagaan golongan OKU, PASAK mengambil inisiatif untuk memberi pendekatan program dan perkhidmatan berasaskan komuniti bagi berkongsi tanggungjawab kesejahteraan OKU di antara keluarga, komuniti, dan NGO. Kerajaan Negeri Perak akan terus komited untuk memperkasakan OKU menerusi pelbagai jenis kemahiran. Ini termasuk usaha meningkatkan keupayaan dari sudut infrastruktur dan kelengkapan pendidikan. Usaha ini untuk memastikan mereka mampu mendapat pendidikan yang berkualiti melalui suasana tempat pembelajaran yang kondusif. Bukan itu sahaja, golongan OKU turut diberikan peluang secara lebih baik untuk turut terlibat dalam bidang TVET bagi memastikan mereka mempunyai masa depan yang lebih cerah.