Logo Majlis TVET

PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

TVET Mahir Kerja

Latihan kemahiran jangka pendek yang berupaya meningkatkan pergerakan struktur pendapatan para peserta setelah tamat Latihan melalui elemen keusahawanan serta peningkatan Kemahiran di dalam sektor pekerjaan.

 

Kerajaan Negeri Perak telah mengorak langkah untuk memberi perhatian khusus kepada pendidikan dalam bidang TVET ini bagi melahirkan tenaga mahir yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. Penganjuran Program TVET Mahir Kerja ini merupakan manifestasi kesungguhan kerajaan Negeri untuk memperkasakan lagi bidang TVET yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran masyarakat mengikut kemahiran, memberikan pendedahan kepada masyarakat akan kepentingan bidang kemahiran dalam pendidikan serta mewujudkan jaringan dan jalinan komuniti warga Perak berkemahiran dan bersepadu.

TVET Mahir Kerja
Admin PASAK

Kursus Pembuatan French Pastry

12 September 2024(KHAMIS). Selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil TVET Mahir Kerja bagi Kursus Pembuatan French Pastry: Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Aldrin Ng (Pengarah

Info Lanjut »