gerbang kerjaya kome!

talent perak

Aplikasi Talent Perak telah dilancarkan pada 18 September 2022 sempena program Karnival Kerjaya Perak Sejahtera 2022 oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak. Aplikasi ini merupakan salah satu inisiatif berterusan daripada Kerajaan Negeri Perak sebagai platform ‘one stop centre’ yang bermatlamat untuk membantu pencari kerja khususnya ‘Anak Perak’ mendapatkan peluang pekerjaan disamping membantu menyediakan tenaga kerja mahir yang berbakat serta berkemahiran buat majikan di Negeri Perak.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat carian jawatan kosong hanya di hujung jari mengikut kategori demografik, sektor industry dan kelayakan pendidikan yang berdekatan dengan lokasi jarak pengguna.

Selain daripada mencari pekerjaan, pengguna juga boleh mendapatkan informasi terkini berkenaan dengan program-program secara berkala seperti Karnival Kerjaya, Kursus Kemahiran Jangka Pendek serta Latihan ‘Soft Skills’ yang dianjurkan oleh PASAK di dalam aplikasi ini.

Bagi majikan sila berdaftar menggunakan laman sesawang

Sebarang pertanyaan tentang Aplikasi Talent Perak boleh diajukan ke

9.00 a.m. – 5.00 p.m. Isnin hingga Jumaat