Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 daripada PASAK Perak

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat Negeri Perak yang meraikan perayaan penuh keberkatan ini.

Aidiladha bukan sahaja sinonim dengan pengorbanan dan keikhlasan, malah menjadi simbol perpaduan, kasih sayang dan semangat kebersamaan dalam masyarakat. Semoga sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini membawa kebahagiaan, ketenangan jiwa serta limpahan rahmat dan keberkatan buat semua.

Dalam semangat Perak Sejahtera 2030, PASAK terus komited memperkasa pembangunan modal insan, pendidikan, latihan kemahiran TVET dan kebolehpasaran Anak Perak demi melahirkan masyarakat yang lebih progresif, berdaya saing dan sejahtera.

Semoga Aidiladha kali ini menjadi medan untuk kita memperkukuh silaturahim, menyemai nilai kemanusiaan dan memperbanyakkan amalan kebajikan bersama keluarga serta komuniti.

Ikhlas daripada seluruh warga
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Talent Perak.