SELAMAT HARI GURU: GURU BITARA, NADI BANGSA

“Ilmu itu cahaya, dan gurulah penyuluhnya.” 💡

Sempena sambutan Hari Guru 2026, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik yang telah mencurahkan ilmu, membentuk sahsiah serta menjadi inspirasi kepada generasi masa depan negara.

Di sebalik kejayaan seorang doktor, jurutera, usahawan, pemimpin mahupun tenaga kerja mahir TVET, pasti ada insan bergelar guru yang menjadi tunjang kejayaan tersebut. Dedikasi dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak bangsa bukan sahaja melahirkan modal insan berkualiti, malah menjadi pemacu utama pembangunan negeri Perak dan Malaysia secara keseluruhannya.

Guru bukan sekadar pendidik di bilik darjah, tetapi agen perubahan yang membimbing pelajar ke arah kecemerlangan akademik, kemahiran teknikal, inovasi dan pembentukan nilai murni sejajar dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.

✨ Terima kasih cikgu atas segala jasa, pengorbanan dan ilmu yang tidak ternilai.
✨ Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh Malaysia!

#HariGuru2026 #pasakkperak #GuruBitara #NadiBangsa #PerakSejahtera2030