
DULU KERJA PEJABAT, SEKARANG FULL-TIME RIDER
“Kalau tak kuat, jangan cuba.” – Ini pesanan padu daripada tetamu jemputan kami, Saudara Adam Rahim, seorang penggiat ekonomi gig yang sudah ‘masak’ dengan asam
PODCAST
Tidak ketinggalan dengan trend semasa, PASAK kini tampil lebih segar dan dinamik dengan menjalankan siaran podcast berjudul ‘Teman Bersoreh’! Siaran podcast ini menggantikan program Ngopi Kerjaya yang telah berjalan sejak tahun 2021 hingga 2024.
Podcast Teman Bersoreh ini merupakan langkah PASAK dalam memperluaskan promosi kerjaya dan kemahiran dalam Perak secara dinamik. Ia berfungsi sebagai medium promosi yang efektif dalam usaha memperkenalkan ‘Talent Perak Apps’ kepada rakyat jelata, justeru bertujuan untuk menarik minat dan perhatian generasi muda yang lebih cenderung terhadap kandungan digital.
Langkah menerokai dunia podcast ini mencerminkan kepekaan PASAK terhadap perkembangan semasa dan menjadi usaha berterusan dalam menyampaikan informasi dengan cara yang lebih segar, interaktif, dan mudah diakses.
Ikuti Podcast Teman Bersoreh di saluran YouTube @PASAKPerak. Kami bawakan kepada anda barisan panel-panel yang profesional dari pelbagai bidang yang menarik. Moh! Sama-sama kita cungkilkan cerita-cerita dan pengalaman menarik yang akan dikongsikan dalam Podcast Teman Bersoreh.

“Kalau tak kuat, jangan cuba.” – Ini pesanan padu daripada tetamu jemputan kami, Saudara Adam Rahim, seorang penggiat ekonomi gig yang sudah ‘masak’ dengan asam