26 September 2024(KHAMIS).
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah menganjurkan program kursus asas solekan dan asas gunting rambut di Kolej Vokasional Gerik, melibatkan seramai 40 orang pelajar. Program ini bertujuan untuk memberi pelajar kemahiran praktikal dalam bidang kecantikan dan penggayaan rambut, di samping meningkatkan keyakinan diri mereka.
Para peserta diberikan sesi teori dan praktikal oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Ia membolehkan mereka mendalami teknik-teknik terkini. Aktiviti ini bukan sahaja memperkaya pengetahuan pelajar, tetapi juga menyediakan mereka untuk kerjaya dalam industri kecantikan yang semakin berkembang.
Maklum balas daripada guru dan pelajar sangat positif. Pelajar menyatakan bahawa program ini memberikan banyak maklumat berguna dan membantu mereka menambah kemahiran dengan lebih baik.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Vokasional Gerik atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pengajar yang sudi berkongsi ilmu dengan para peserta.
Dapatkan Aplikasi Talent Perak :



