Taklimat Haluan Pendidikan dan Kerjaya di SMK Sultan Abdul Aziz

23 September 2024(RABU).
Pusat Aspirasi Anak Perak bersama GPMS Teluk Intan telah menganjurkan program Pemetaan Kerjaya – Taklimat Haluan Pendidikan dan Kerjaya. Program ini melibatkan seramai 90 orang pelajar Tingkatan 4 daripada SMK Sultan Abdul Aziz.
Program bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan haluan yang boleh diambil selepas tamat SPM. 

Perkongsian yang diberikan oleh Penceramah ialah berkaitan senarai bidang pekerjaan dan juga kursus pengajian yang boleh diceburi oleh para pelajar, khususnya dalam bidang TVET selari dengan Pelan Perak Sejahtera yang turut menfokuskan TVET.

Maklum balas daripada guru dan pelajar sangat positif. Pelajar menyatakan bahawa program ini memberikan banyak maklumat berguna dan membantu mereka merancang masa depan dengan lebih baik. Ramai pelajar merasa lebih yakin untuk membuat keputusan mengenai haluan pendidikan mereka selepas mendengar penerangan daripada pihak PASAK.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!