Rabu, 13 Mac 2024.
Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah menghadirkan diri ke SMK St. Bernadette’s Convent bagi menjalankan program Pemetaan Kerjaya : Taklimat Haluan Pendidikan dan Kerjaya yang melibatkan seramai 350 orang murid yang terdiri daripada tingkatan 3, 4 dan 5.
Encik Firdaus bin Dzi Murad telah menyampaikan taklimat berkaitan PASAK, peranan dan fungsi-fungsi PASAK serta motivasi berkaitan haluan kerjaya dan pendidikan pelajar dan permintaan daripada pelbagai pihak industri di Malaysia. Murid juga didedahkan dengan pelbagai bidang TVET yang boleh diceburi selepas tamat persekolahan.
PASAK amat berbesar hati atas jemputan oleh pihak sekolah dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini mampu membantu para pelajar yang terlibat dalam memilih kursus yang bersesuaian untuk mereka menyambung pelajaran.
Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberi manfaat kepada masyarakat.
@perakpasak hi, semua pelajar SMK BERNADETTE’S CONVENT! 👏 tag kat bahagian komen kalau nampak kawan atau diri sendiri 😌 #fyp #perak #bernadette
♬ Happy Ramadan - Ramol



