Taklimat Haluan Kerjaya SMK Khir Johari

Khamis, 12 Oktober 2023.

Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah menghadirkan diri ke SMK Khir Johari bagi menjalankan program Pemetaan Kerjaya : Taklimat Haluan Pendidikan dan Kerjaya Lepasan SPM yang melibatkan seramai 105 orang murid yang terdiri daripada tingkatan 3. Encik Firdaus bin Dzi Murad telah menyampaikan taklimat berkaitan PASAK, peranan dan fungsi-fungsi PASAK serta motivasi berkaitan haluan kerjaya dan pendidikan pelajar dan permintaan daripada pelbagai pihak industri di Malaysia.

Murid juga didedahkan dengan pelbagai bidang TVET yang boleh diceburi selepas tamat persekolahan.
PASAK amat berbesar hati atas jemputan oleh pihak sekolah dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini mampu membantu para pelajar yang terlibat dalam memilih kursus yang bersesuaian untuk mereka menyambung pelajaran. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberi manfaat kepada masyarakat.

@perakpasak

kita throwback sikit PETA di SMK Khir Johari (Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari). terima kasih semua 🫰 #PETA #FYP #perak #smkkhirjohari

♬ カタコト - sloppy dim