Taklimat Haluan Kerjaya Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah

21 Mei 2024 | Selasa.
Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah menghadirkan diri ke Sekoleh Menengah Raja Dr Nazrin Shah (SARJANA) bagi menjalankan program Pemetaan Kerjaya : Taklimat Haluan Pendidikan dan Kerjaya yang melibatkan seramai 80 orang murid yang terdiri daripada tingkatan 4.
 
 
Encik Firdaus bin Dzi Murad telah menyampaikan taklimat berkaitan PASAK, peranan dan fungsi-fungsi PASAK serta motivasi berkaitan haluan kerjaya dan pendidikan pelajar dan permintaan daripada pelbagai pihak industri di Malaysia. Murid juga didedahkan dengan pelbagai bidang TVET yang boleh diceburi selepas tamat persekolahan.
 
 
PASAK amat berbesar hati atas jemputan oleh pihak sekolah dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini mampu membantu para pelajar yang terlibat dalam memilih kursus yang bersesuaian untuk mereka menyambung pelajaran. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberi manfaat kepada masyarakat.