Gopeng, 27 Mei 2025 – satu Program Anugerah Kecemerlangan SPM & Kerjaya Masa Depan 2025 telah diadakan di Dewan Orang Ramai Lawan Kuda Baru. Program ini melibatkan para pelajar Tingkatan 5 daripada SMK Seri Teja dan SMK Idris Shah dengan tujuan untuk memberi pencerahan kepada para pelajar yang berminat menceburui bidang kemahiran selepas tamat persekolahan.
Salah satu sesi perkongsian telah disampaikan oleh Encik Firdaus selaku wakil daripada PASAK yang memberikan pendedahan tentang peluang kerjaya dalam industri kemahiran yang berdaya saing. Pelaksanaan program ini seiring dengan agenda Pelan Perak Sejahtera 2030 dalam menjadikan Negeri Perak sebagai Koridor TVET Negara.
Maklum balas daripada para pelajar yang hadir memberikan respon positif terhadap perkongsian yang disampaikan dalam membantu mereka merancang masa depan yang lebih terjamin. Pihak PASAK berharap semoga program seperti ini diperbanyakkan demi melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi di negeri Perak.