Ipoh, 27 September 2023.
Telah berlangsungnya program Pemetaan Kerjaya bersama pelajar SMK Raja Perempuan Ipoh. Sesi pertama program ini telah dimulakan dengan slot pengenalan PASAK dan program-program anjuran PASAK yang disampaikan oleh Cik Hayatul Irdina (PERINTIS Unit Pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak).
Slot seterusnya telah disampaikan oleh En Firdaus Dzi Murad, Ketua Unit Pelaksana Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dengan mendedahkan pelajar mengenai haluan kerjaya dan juga kursus-kursus kemahiran TVET yang pelajar boleh ceburi di alam pekerjaan nanti supaya pelajar dapat membuat persediaan dan hala tuju yang tepat pada masa hadapan.
PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SMK Raja Perempuan Ipoh di atas kesudian menjemput PASAK untuk membuat perkongsian bagi menghadapi alam pekerjaan bersama para pelajar. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberikan manfaat kepada masyarakat.
@perakpasak PASAK kat SMK Raja Perempuan harini 👍 terima kasih semua ❤️ #smkrajaperempuan #fypage #malaysiatiktok #perak
♬ Way Back Home - SHAUN