Taklimat Persediaan Temu Duga di Kolej Tingkatan Enam Tapah

25 September 2024(RABU).
Pusat Aspirasi Anak Perak telah menganjurkan program ‘Pemetaan Kerjaya: Taklimat Persediaan Temu Duga’. Program ini melibatkan seramai 200 orang pelajar Tingkatan 6 daripada Kolej Tingkatan Enam Tapah.
 
Program bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkaitan persediaan awal menghadapi temu duga selepas menamatkan pembelajaran. Perkongsian yang diberikan oleh Encik Firdaus bin Dzi Murad berkaitan tatacara menghadapi temu duga pada masa akan datang seperti etika pemakaian ketika menghadapi temu duga kepada para pelajar.
 
Maklum balas daripada guru dan pelajar sangat positif. Pelajar menyatakan bahawa program ini memberikan banyak maklumat berguna dan membantu mereka merancang untuk masa hadapan dengan lebih baik. Ramai pelajar merasa lebih berkeyakinan untuk membuat persediaan menghadapai temu duga setelah mendengar penerangan daripada pihak PASAK.
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini! 🎓✨

Dapatkan Aplikasi Talent Perak :