27 September 2023.
Telah berlangsungnya program Pemetaan Kerjaya di SMK Slim. Taklimat pada hari ini telah disampaikan oleh Encik Firdaus Bin Dzi Murad (Ketua Unit Pelaksana, Pusat Aspirasi Anak Perak). Sesi telah dimulakan dengan slot pengenalan mengenai PASAK dan program-program anjuran PASAK.
Seterusnya program diteruskan dengan taklimat haluan kerjaya kepada para pelajar selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Taklimat ini diharap dapat membantu memberi pendedahan yang lebih terperinci kepada pelajar dalam menentukan haluan kerjaya mereka di masa hadapan.
PASAK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah di atas kesudian menjemput PASAK untuk membuat perkongsian ini bagi memberi pendedahan tentang realiti alam pekerjaan bersama para pelajar. Pihak PASAK terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberikan manfaat kepada masyarakat.
@perakpasak PASAK kat SMK SLIM untuk program pemetaan 👋 #fyp #fypmalaysia #perak #smkslim
♬ Mariposa - Peach Tree Rascals