10 Julai 2024 (RABU).
Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah mengadakan program Pemetaan Kerjaya : Lawatan Industri SMK Rapat Setia, SMK Wira Jaya & SMK Tanjong Rambutan ke Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd & Perak Entrepeneur & Skills Development Centre (PESDC) yang melibatkan seramai 40 orang murid tingkatan 1 hingga 5.
Lawatan pertama dijalankan di Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd dan pelajar-pelajar diberikan pendedahan berkaitan subjek kejuruteraan Mekanikal, Automotive dan Elektrik yang menjadi antara bidang utama di sana serta serba sedikit pengenalan mengenai kilang tersebut. Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd juga membawa murid untuk melawat kilang, serta lawatan melihat mesin robotic yang ada di Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd.
Lawatan seterusnya diadakan di Perak Entrepeneur & Skills Development Centre (PESDC). Pihak PESDC membawa murid ke sekitar kawasan, bagi melihat proses pembuatan bahagian kereta. Pelajar didedahkan dengan proses pembuatan serta dapat melihat robot dan teknologi yang digunakan.
PASAK amat berbesar hati atas jemputan oleh pihak sekolah dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini mampu membantu para pelajar yang terlibat dalam memilih kursus yang bersesuaian untuk mereka menyambung pelajaran seusai tamat alam persekolahan. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberi manfaat kepada masyarakat.
@perakpasak #throwback lawatan sambil belajar bersama kelab kerjaya ke Wei Dat Steel Wire dan @pesdckrew #kelabkerjaya #weidatsteelwire #pesdc #sekolah #kerjaya
♬ original sound - Pusat Aspirasi Anak Perak - Pusat Aspirasi Anak Perak