Kursus Fotografi Dan Videografi

9 Julai 2024 (Selasa).
Alhamdulillah selesai Kursus Mobile Fotografi dan Videografi yang dikongsikan oleh En. Khairul Fazli, Pensyarah dan Jurugambar Rasmi dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Program ini dijalankan di SMK Tanjung Rambutan.
Kursus ini telah melibatkan seramai 30 orang pelajar. Yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5
Antara perkara yang dikongsikan adalah cara elemen-elemen fotografi, tetapan (setting) di telefon pintar seperti ISO dan Shutter Speed, serta cara-cara dan Teknik yang baik untuk mengambil gambar.
Terima kasih diucapkan kepada En. Khairul Fazli dan fasilitator yang terlibat, atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat kepada semua peserta yang terlibat.
Terima kasih juga diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri. Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat dijadikan sebagai nilai tambah kepada diri pelajar yang hadir.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.