Kursus Asas Canva dan Mobile Photography

19 September 2023, 8:00 pagi – 4:00 petang.

Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah menghadirkan diri ke SMK Rapat Setia bagi menjalankan program Pemetaan Kerjaya: Kursus Canva dan Mobile Photography dan melibatkan seramai 65 orang murid Kelab Bimbingan dan Kerjaya dari 10 sekolah sekitar Kinta Utara. Kursus ini telah disampaikan oleh En Khairul Fazly, Pensyarah daripada Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru dan semua murid yang terlibat menjayakan program kali ini, serta terima kasih juga diucapkan kepada En Fazly atas kesudian menjalankan perkongsian kepada semua peserta.

PASAK amat berbesar hati atas jemputan oleh pihak sekolah dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini mampu membantu para pelajar untuk mengasah bakat mereka dalam bidang kreatif. Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberi manfaat kepada masyarakat.

@perakpasak

Pemetaan Kerjaya : Kursus Asas Canva & Mobile Photography di SMK Rapat Setia 👋 #pasak #fypage #perak #smkrapatsetia

♬ homage - EX7STENCE™