Kolej Vokasional (KV) Ipoh : Taklimat Persediaan Kerjaya

21 Mei 2024 | Selasa.
Telah berlangsung program Xplorasi Kampus KV Ipoh : Taklimat Persediaan Kerjaya yang melibatkan seramai 40 orang pelajar DKM dan SVM. Antara pengisian program ini adalah Taklimat berkaitan Tips Penulisan Resume dan Tips Persediaan Temuduga yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Firdaus, Pegawai PASAK. Pelbagai tips yang telah dikongsikan berkaitan dengan elemen-elemen penting di dalam resume serta persediaan-persediaan yang perlu dilakukan oleh pencari kerja sebelum memasuki temuduga. Selain itu, perkongsian berkaitan etika pemakaian serta tata tertib temuduga turut dikongsikan kepada peserta.
 
 
Terima kasih diucapkan kepada KV Ipoh atas kesudian untuk menjemput dan kerjasama yang diberikan kepada pihak PASAK utuk menjalankan program ini kepada pelajar. Diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan kepada peserta mengenai resume dan temuduga yang baik dan bersesuaian pada masa akan datang.
 
 
Pihak PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.