11 JUN 2025 | 10.00 PAGI – 11.30 PAGI
Program Ceramah Kerjaya dan TVET anjuran Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 100 orang pelajar Tingkatan 5 dari SMK Pengkalan, Ipoh. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal mengenai laluan kerjaya serta peluang dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Ceramah disampaikan oleh Encik Firdaus, Ketua Unit Pelaksana, yang berkongsi berkaitan hala tuju pendidikan dan kerjaya selepas SPM, dan kepentingan kemahiran / TVET dalam pasaran kerja masa kini. Pelajar turut diberi peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan penceramah, sekali gus meningkatkan pemahaman mereka tentang pilihan kerjaya pasca-SPM.
Program ini juga menyokong usaha kerajaan negeri Perak dalam memperkasakan modal insan melalui pendidikan TVET. Sambutan yang diterima amat menggalakkan, dan pihak sekolah berharap program sebegini dapat diteruskan bagi memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar dalam merancang masa depan mereka.