Ipoh, 17hb Mei 2024.
Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)) mewakili Yang Berhormat Encik Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Intergrasi Nasional) telah hadir dan memberikan ucapan penutup pada program soft-skills training yang dijalankan di Tower Regency Hotel, Ipoh. Majlis ini juga dihadiri oleh Encik Muhammad MG Omar (Registrar Quest International University) dan Prof. Dr Sivabala Naidu (Dean of the Faculty of Social Science, Quest International University). Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Latihan ini merupakan salah satu struktur di dalam program PERINTIS.
Program PERINTIS merupakan satu inisiatif kerajaan negeri Perak untuk memberi ruang dan peluang kerjaya kepada pencari kerja dikalangan graduan atau lepasan sijil kemahiran. Seramai 176 orang graduan menganggur pada tahun 2021 ke 2024 berumur di antara 20-28 tahun telah menerima inisiatif ini ditempatkan di lebih 100 majikan terpilih di sekitar negeri Perak telah menerima peserta untuk menjalankan latihan di tempat kerja (On The Job Training). Jangan lepaskan peluang ini. Pendaftaran masih lagi dibuka!
Kepada pencari kerja yang masih tidak mendapat pekerjaan atau ingin mendapatkan pengalaman yang baru dalam dunia pekerjaan sila daftarkan diri anda dengan segera dengan melayari https://perakpasak.org/perintis/ atau mohon melalui aplikasi Talent Perak.



