Jom sertai

Perak Employability Training Scheme (PERINTIS)

Program PERINTIS ini merupakan salah satu inisiatif berimpak tinggi yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Perak dan ini merupakan tahun ketiga pelaksanaan PERINTIS sejak tahun 2022.

Program ini sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri Perak iaitu untuk memastikan golongan belia mempunyai peningkatan kemahiran untuk kehidupan yang lebih sejahtera.

Kerajaan Negeri amat menitikberatkan pembangunan modal insan khususnya golongan belia agar belia mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi untuk kekal berdaya saing dalam alam pekerjaan.

Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk membantu lepasan mahasiswa mendapatkan pengalaman pekerjaan dan seterusnya mendapatkan pekerjaan yang tetap berdasarkan kekosongan jawatan yang tersedia di premis majikan.

"On Job Training"

Latihan Industri selama 6 Bulan dengan Elaun sebanyak RM 1200.00 setiap bulan.

Latihan Insaniah (Softskills)

Kursus Latihan Insaniah (Softskills) bersijil turut diberikan.

Daftar Majikan

Sebarang pertanyaan tentang program Majikan PERINTIS boleh diajukan ke

9.00 a.m. – 5.00 p.m. Isnin hingga Jumaat

Daftar Peserta

Sila mohon melalui Aplikasi Talent Perak

Sebarang pertanyaan tentang program Peserta PERINTIS boleh diajukan ke

9.00 a.m. – 5.00 p.m. Isnin hingga Jumaat