sembang santai

Ngopi Kerjaya

Program Ngopi Kerjaya ini adalah program sembang santai yang merupakan satu inisiatif PASAK dalam membantu kumpulan sasaran untuk mendapatkan infomasi pendidikan dan haluan kerjaya dalam meningkatkan taraf hidup sosio-ekonomi masyarakat dalam negeri. Program ini menfokuskan beberapa keperluan seperti Sektor Kerjaya,Sektor Pendidikan, Sektor Kesihatan serta Isu isu semasa. Program yang penuh dengan informasi ini telah di jalankan lebih daripada 50 sesi dalam masa 2 tahun ini.

 

Bagi Sektor Kerjaya, fokus utama adalah memberi pendedahan mengenai cabaran serta haluan kerjaya yang akan di hadapi bagi setiap individu yang ingin menceburi bidang tersebut. Dengan perkongsian daripada panel-panel yang berpegalaman, ini akan memberi satu pendedahan kepada semua pihak dalam memahami setiap bidang tugas yang ada.

 

Manakala Sektor Pendidikan pula, fokus utama adalah untuk menyediakan informasi mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh setiap institusi yang ada. Informasi ini sangat berguna bagi para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang yang mereka minati. Sektor kesihatan akan memberikan pendedahan keperluan dalam pengurusan stress di tempat kerja serta cara cara dalam menjaga kesihatan fizikal dan juga mental. Semoga segala informasi yang di berikan akan memberi manfaat serta idea baru kepada mereka yang meyaksikan Program ini.

@perakpasak

realiti dan fantasi : oil & gas dengan abang tekan tekan 👋 #kerja #fypmalaysia #oilandgas @Naim Zafran

♬ original sound - Pusat Aspirasi Anak Perak - Pusat Aspirasi Anak Perak

@perakpasak

LinkedIn tu apa? moh tengok apa Ayu Shahirah nak terangkan 👋 #peraktiktok #linkedin #malaysia #kerja

♬ LoFi(860862) - skollbeats

@perakpasak

Betul ke kerja arkitek 'seindah' drama pukul 7? #fypmalaysia #kerja #arkitek #dramapukul7🤣 ngopikerjaya@Azlee 👷‍♂️🏗️

♬ original sound - Pusat Aspirasi Anak Perak - Pusat Aspirasi Anak Perak