ZAKAT PERAK AL RIDZUAN (ZAPAR)

Ipoh, 20 Ogos 2025 – Telah berlangsung program temuduga secara tertutup bagi majikan Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) bermula pada 31 Julai 2025 sehingga 20 Ogos 2025 untuk jawatan yang telah diiklankan di aplikasi Talent Perak. Sesi temuduga telah dijalankan di pejabat Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) . Seramai lebih 200 orang calon telah disenarai pendek dan hadir ke pejabat PASAK untuk merebut peluang keemasan ini.

Terima kasih diucapkan kepada pihak ZAPAR kerana telah menggunakan perkhidmatan PASAK dalam mendapatkan bakat terutama sekali anak Perak. Tahniah dan syabas juga kepada semua calon temuduga yang telah hadir. Meskipun tidak berjaya dalam temuduga ini anda masih berpeluang mencuba peluang lain yang tersedia kerana “gagal sekali bukan bererti gagal selamanya”.

Kepada majikan yang berminat untuk menyertai Program Moh Kroje untuk mendapatkan bakat yang berkualiti, daftar dan iklankan jawatan anda di talentperak.my.