IPOH – 6 MEI 2025, Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Encik Aldrin Ng menyantuni kunjung hormat Pengarah PERKESO Perak, Encik Mohanadas A/L Veraya dan Encik Faris Bin Mohd Zakhuan Ketua Employment Services (Ketua ES) Negeri Perak. Sesi lawatan ini membincangkan hal menjurus kepada perancangan kolaborasi program bersama di antara Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan PERKESO Perak. Selain itu, kedua – dua pihak berkongsi idea untuk penyaluran tenaga kerja yang efektif dan promosi yang meluas bagi membantu pencari kerja.
Melalui perjumpaan ini, pelbagai kesepakatan terjalin di antara PASAK & PERKESO. Semoga jalinan kerjasama yang erat ini dapat memberi impak positif kepada negeri Perak.
PASAK sangat terbuka untuk menjalankan kolaborasi bersama mana – mana jabatan atau agensi dalam memberi manfaat kepada masyarakat.