Ucapan Penggulungan YB Encik Sivanesan

Ucapan Penggulungan YB Encik Sivanesan A/L Achalingam (ADUN Sungkai, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional & Hal Ehwal Masyarakat India)
Mesyuarat Pertama, Tahun Kedua Dewan Negeri Yang Ke-15, Perak Darul Ridzuan.
 
 
1. Majlis TVET Negeri Perak (M-TVET)
Majlis TVET Negeri Perak (M-TVET) merupakan langkah terkehadapan bagi mewujudkan ekosistem TVET bersepadu rentas portfolio selaras dengan agenda Majlis TVET Negara.
Langkah dalam melibatsamakan institusi kemahiran dan pemain industri di bawah majlis ini akan mewujudkan jalinan kerjasama yang dapat melahirkan guna tenaga belia seiring dengan keperluan industri melalui penambahbaikan modul pengajian sedia ada.
 
2. Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)
Kerajaan Negeri menerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) akan memperluaskan tumpuan TVET bukan sahaja kepada latihan semula (reskilling) akan peningkatan kemahiran (upskilling) malah meningkatkan kecekapan kemahiran melalui latihan di luar negara yang pertama kali dilaksanakan bermula tahun ini.
 
3. ‘Belt and Road Initiative (BRI)’
Kerajaan Negeri menghantar 50 orang belia ke negara pelopor TVET iaitu Negara China untuk mengikuti latihan kemahiran jangka pendek dan panjang, dibawah inisiatif ‘Belt and Road Initiative (BRI)’ yang digerakkan oleh Tang International Education Group dengan kerjasama Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran atau dikenali sebagai (Belia Mahir).
 
4. Program Latihan Dual Vokasional
Seramai 5 orang anak Perak juga akan dihantar mengikuti Program Latihan Dual Vokasional di Jerman selama 3 tahun secara teori dan praktikal ‘on-the-job-training’ di syarikat dengan kerjasama Felcra Education Services Sdn Bhd dan Study Germany.
 
5. Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling)
Bagi mengukuhkan peranan PASAK sebagai sekretariat Majlis TVET Negeri Perak Kerajaan Negeri bermula pada tahun 2023 telah menghantar kakitangan PASAK untuk menjalani latihan peningkatan kemahiran (Upskilling) di Negara India yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan India. Sehingga kini seramai 4 orang kakitangan PASAK telah dihantar untuk menjalani latihan di Institusi TVET di Chennai.