Selesai sudah pelancaran Program Kecantikan & Kemahiran MNTA Perak 2026 di AEON Station 18 tempoh hari! Program yang sangat meriah dengan aura positif dari bakat-bakat tempatan kita.
Terima kasih diucapkan kepada YB Howard Lee (ADUN Pasir Pinji) dan Encik Aldrin Ng (Pengarah Pusat Aspirasi Anak Perak) kerana turut serta menyokong usaha murni ini. Kami juga ingin memberikan penghormatan khas kepada barisan kepimpinan MNTA, iaitu Dr. Alice Liew, Razhel Chang, Fiona Oh, serta Pengerusi Jawatankuasa MNTA Perak, Tracy Chan. Sokongan dari rakan penganjur bersama seperti PASAK, MIVA, dan Persatuan Pendandan Rambut Ipoh amatlah kami hargai dalam memartabatkan bidang kemahiran vokasional.
Inilah masanya untuk anak-anak Perak tonjolkan bakat dalam bidang kecantikan dan kemahiran teknikal. Bukan sekadar pertandingan, tapi ini adalah jambatan ke arah dunia keusahawanan dan industri kreatif yang lebih profesional



