Perak Koridor TVET Negara

Ikuti perbincangan bersama YAB Menteri Besar Perak mengenai aspirasi menjadikan Perak sebagai Koridor TVET Negara dalam Pelan Perak Sejahtera 2030. AWANI Pagi, Isnin, 11 Ogos 2025, jam 8.30 pagi di Astro AWANI.

Perak sedang melangkah berani ke hadapan menerusi Pelan Perak Sejahtera 2030, satu pelan pembangunan jangka panjang yang memacu pertumbuhan ekonomi, sosial dan pendidikan negeri. Antara teras penting pelan ini ialah memperkasa pendidikan dan latihan kemahiran (TVET) sebagai kunci kepada pembangunan tenaga kerja masa depan.

Dengan misi menjadikan Perak sebagai hab TVET yang progresif dan menyeluruh, apakah strategi dan usaha yang sedang dan akan dilaksanakan? Ikuti perbincangannya dalam AWANI Pagi.