IPOH – 25 Julai 2025, Pengurus Besar Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), Encik Mohamad Fikri Bin Junit menyantuni kunjung hormat Pengurus Bahagian Operasi Kutipan, Encik Muhammad Fauzan bin Abdul Rahim bersama tiga (3) orang pegawai daripada Zakat Perak Al Ridzuan Sdn Bhd. Sesi lawatan ini membincangkan hal menjurus kepada perancangan kolaborasi program bersama di antara Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Zakat Perak Al Ridzuan.
Melalui perjumpaan ini, pelbagai perkongsian kesepakatan terjalin di antara PASAK & ZAPAR. Antaranya kempen dalam mempromosikan Zakat Harta Perolehan bagi individu dan syarikat. Pihak PASAK sedia membantu dalam menghubungkan ZAPAR dengan Majikan bagi menggalakkan potongan secara terus menerusi gaji yang diterima. Semoga jalinan kerjasama yang erat ini dapat memberi impak positif kepada negeri Perak.
PASAK sangat terbuka untuk menjalankan kolaborasi bersama mana – mana jabatan atau agensi dalam memberi manfaat kepada masyarakat.
