Ipoh – 27 September 2023.
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) berasa berbesar hati kerana telah menerima kunjungan hormat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ke pejabat PASAK di Ipoh hari ini.
Semoga apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan dan seterusnya dapat memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya di Negeri Perak. Terima Kasih Puan Tung Ka Yin (Ketua Cawangan & Penasihat Kewangan AKPK Cawangan Ipoh) dan Encik Mohd Syahrul Azmi Bin Esha (Penasihat Kewangan AKPK Cawangan Ipoh) diatas kunjungan.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat dalam memberikan latihan dan pendedahan kepada rakyat di Negeri Perak.