๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐†๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐„๐ฑ๐œ๐ž๐ฅ ๐Œ๐š๐ง๐ฎ๐Ÿ๐š๐œ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ข๐ง๐  ๐’๐๐ง ๐๐ก๐

Kamunting, Perak, 1hb Mac 2024 – Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah dijemput ke Majlis Perasmian Green Excel Manufacturing Sdn Bhd yang bertempat di Kamunting, Taiping. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datoโ€™ Seri Haji Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak.
Melalui petikan ucapan YAB Menteri Besar Perak semasa majlis perasmian tadi, Perak merupakan negeri yang menjadi destinasi pilihan pelabur. Dengan pembukaan kilang ini, dapat memberikan berita baik kepada anak – anak Perak khususnya kerana dapat mewujudkan peluang pekerjaan berteknologi tinggi, berinovasi & berteknologi hijau serta dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negeri Perak.
Green Excel Manufacturing Sdn Bhd merupakan Syarikat tempatan yang menyediakan perkhidmatan dalam industri Cleanroom Architecture System khusus untuk sektor utama seperti Elektronik, Farmaseutikal, Bio-Teknologi, Aeroangkasa serta Peranti Perubatan.
Tahniah diucapkan kepada Green Excel Manufacturing Sdn Bhd atas majlis perasmian ini. Tahniah juga diucapkan kepada Perak Investment Center (Invest Perak), MIDA Perak & NCER dan semua barisan yang telah bertungkus lumus untuk membawa pelabur baru ke negeri Perak.
Semoga lebih ramai pelabur akan melabur di Perak. Ia bukan sahaja meningkatkan ekonomi di negeri Perak, malah dapat mengurangkan kadar pengangguran di negeri tercinta ini.