๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐”๐ง๐ข๐Š๐‹ ๐Œ๐ˆ๐Œ๐„๐“ ๐ค๐ž ๐๐€๐’๐€๐Š

6 Ogos 2025 โ€“ Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) berbesar hati menerima Kunjungan Hormat daripada delegasi Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) yang diketuai oleh Ts. Dr. Zaimi bin Zainal Mukhtar, Dekan merangkap Ketua Kampus UniKL MIMET.
ย 
ย 
Kunjungan ini membuka ruang perbincangan awal antara PASAK dan UniKL MIMET untuk meneroka potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan pelbagai program akan datang yang berfokuskan kepada pembangunan modal insan dan penglibatan belia di Negeri Perak.
Kedua-dua pihak turut berkongsi pandangan berkenaan hala tuju inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada golongan muda, selari dengan keperluan industri semasa.
ย 
ย 
Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Ts. Dr. Fatimah binti Abdul Hamid, Pensyarah Kanan merangkap Penyelaras Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLL); Puan Nursaida Monaliza binti Abdullah, Eksekutif dari Centre for Advancement & Continuing Education (ACE).
Manakala pihak PASAK diwakili oleh Encik Aldrin Ng, Pengarah PASAK dan Encik Amirul, Pegawai PASAK.
ย 
ย 
Kerjasama strategik ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kepada anak muda Perak untuk terlibat dalam program berimpak tinggi yang mampu mempersiapkan mereka sebagai tenaga kerja berkemahiran tinggi dan pemimpin masa depan negeri.
ย 
ย