๐—™๐—ข๐—ฅ๐—จ๐—  ๐—–๐—”๐—ž๐—ก๐—” ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Ipoh, 18 Februari โ€” Demi memperkukuhkan perpaduan kaum, Kerajaan Negeri Perak melalui Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional, dan Hal Ehwal Masyarakat India telah menjalankan sebuah Forum Cakna Komuniti Negeri Perak 2025. Forum ini melibatkan kerjasama antara agensi kerajaan, NGO, institusi pendidikan tinggi, dan sekolah-sekolah.
ย 
Yang Berhormat Encik Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional, dan Hal Ehwal Masyarakat India) menyatakan bahawa perpaduan kaum di Malaysia semakin kukuh dengan mencatatkan peningkatan Indeks Perpaduan Nasional daripada 0.567 pada tahun 2018 kepada 0.629 pada tahun 2022 (Kementerian Perpaduan Negara, 2022).
ย 
Menurut beliau, perkembangan Revolusi Industri Keempat (IR4.0) dan teknologi Artificial Intelligence of Things (AIoT) membawa kepada isu penyebaran maklumat palsu yang menjadi cabaran dalam memupuk perpaduan kaum.
ย 
Beliau turut menegaskan supaya semua pihak perlu memainkan peranan untuk bersama-sama mengukuhkan jalinan perpaduan demi kesejahteraan sosial, ekonomi, dan politik negeri. Ini kerana perpaduan memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.
ย 
Kerajaan Negeri kekal komited dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif yang berkesan agar perpaduan kaum di negeri Perak bertambah erat. Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada masyarakat dan negeri.