29 September 2023.
Program Sesi Tarik bersama Lazada ini telah dijalankan secara bersemuka bermula 3 petang sehingga 6 petang dan telah disampaikan oleh pakar E-Commerce Lazada iaitu Cik Anna, Encik Yu Heng, Encik Mandip dan Encik Maddox. Kursus ini telah mendapat penyertaan sebanyak 65 orang yang terdiri daripada usahawan yang menggunakan platform Lazada untuk berniaga. Peserta didedahkan dengan tips untuk kembangkan perniagaan mereka di Lazada serta cara untuk menambahkan cabang perniagaan mereka.
Program yang dianjurkan PASAK ini mampu memperkasakan masyarakat melalui teknologi maklumat dan digital serta mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan celik digital. Memanfaatkan potensi teknologi digital tersebut, ia dapat membantu seseorang individu melengkapkan kendiri dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada usahawan Lazada yang berjaya.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Lazada atas kesudian berkongsi idea yang sangat menarik, berkualiti dan bermanfaat kepada para peserta yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadiri kursus ini. Semoga apa yang dipelajari semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir.
PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.
@perakpasak harini kita ada event LAZADA x PASAK untuk Klinik Kerjaya 🫰 #lazada #fyp #perak #tehtariksessions @lazada_my @cikguannaaziz @maddoxismad
♬ greedy - Tate McRae