Kursus Persediaan Kerjaya Imej Gaya Dan Analisis Warna

6 Mac 2024.
 
 
Kursus Persediaan Kerjaya Imej Gaya dan Analisis Warna telah berlangsung selama 1 hari yang melibatkan seramai 30 peserta terdiri daripada pelajar, graduan, dan usahawan sekitar negeri Perak. Kursus ini dijalankan bermula jam 9.00 pagi sehingga 5:00 petang dan bertempat di Pusat Latihan PASAK. Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Sufi Syazwani (Certified Image & Colour Consultant (CPICC IITTI).
 
 
Kursus ini telah menerangkan pelbagai topik penting untuk graduan dan juga yang mereka yang sedang bekerja, antaranya ialah Asas bagi pen jagaan imej, jenis-jenis imej yang sesuai semasa di tempat kerja, jenis pakaian, analisis warna dan pelbagai lagi. Peserta juga dideahkan dengan teori warna mengikut kulit masing-masing, yang mana pengajar melakukan ujian warna yang sesuai untuk setiap peserta yang hadir.
 
 
Terima kasih diucapkan kepada para pengajar atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat kepada para peserta yang terlibat. Terima kasih juga turut diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadiri kursus ini. Semoga apa yang dipelajari semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir.PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.

@perakpasak

harini PASAK full house! terima kasih semua yang hadir 🫰 #fyp #coloranalysis #perak

♬ Vlog ・ Stylish city pop(1275391) - orino