22 Jun 2024 (SABTU).
Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah berkolaborasi dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi menjalankan Klinik Kerjaya Kursus Asas Pemasaran Media Sosial yang melibatkan seramai 30 peserta dari kalangan pemilik homestay seluruh Perak.
Sesi pertama telah dimulakan dengan taklimat berkaitan PASAK, peranan dan fungsi-fungsi PASAK serta motivasi berkaitan haluan kerjaya dan pendidikan pelajar dan permintaan daripada pelbagai pihak industri di Malaysia yang disampaikan oleh Encik Firdaus bin Dzi Murad. Sesi seterusnya diteruskan dengan pengenalan dalam memahami kepentingan media sosial dalam Pemasaran Digital Penjenamaan Syarikat, Penjenamaan Peribadi & Penjenamaan Produk yang disampaikan oleh Puan Anna Aziz.
Antara ilmu yang dikongsikan ialah Strategi Kandungan & Penulisan Salinan serta Tip & Trik Penggambaran Foto Penggunaan Canva.
PASAK amat berbesar hati atas kerjasama dari MOTAC dalam menjayakan kursus ini. Diharapkan ilmu yang disampaikan dapat membantu peserta pada masa yang akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Anna Aziz atas kesudian berkongsi ilmu di dalam kursus ini.
Pihak PASAK sangat terbuka untuk menjalankan program bersama pelbagai pihak dalam memberi manfaat kepada masyarakat.



