Kursus Asas Mandarin

28 Oktober – 3 November 2023 | Zoom Meeting.

Program Kursus Asas Mandarin ini telah berlangsung selama 4 minggu secara atas talian yang melibatkan seramai 50 orang peserta. Kursus ini dijalankan pada hari sabtu dan ahad, bermula pada jam 8.00 sehingga 10 malam dan telah disampaikan oleh Encik Tay Yang Lian (Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Seri Iskandar).
Kursus ini telah merangkumi 7 topik utama asas mandarin yang terdiri daripada pengenalan kepada fonetik, ‘Social Expression dan Greetings’, Nombor dalam Mandarin, ‘Culture Note’, dan perbualan dalam bahasa mandarin. Program yang dianjurkan PASAK ini mampu memperkasakan masyarakat melalui pengetahuan tambahan yang perlu ada bagi menghasilkan peningkatan kendiri serta memanfaatkan segala ilmu yang telah dipelajari.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Tay Yang Lian atas kesudian berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat kepada para peserta yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadiri kursus ini. Semoga apa yang dipelajari semasa program ini dapat memberi nilai tambah kepada diri peserta yang hadir. PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.