Kamunting, 11 Mei 2024.
Telah berlangsungnya Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera di daerah Larut, Matang dan Selama yang bertempat di Dewan MPT, Kamunting, Perak. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Wong Kah Woh (Timbalan Menteri Pendidikan).
Tujuan perlaksanaan Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera ini adalah sebagai sebuah platform dan peluang yang terbaik kepada graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja. Program ini telah melibatkan kerjasama dengan 17 buah syarikat yang juga terdapat penglibatan dari 4 Institusi TVET iaitu ADTEC Taiping, Kolej Komuniti Taiping, GiatMARA Taiping dan ANAK KITA. Sebanyak lebih 2500 kekosongan jawatan yang telah ditawarkan pada program kali ini.
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan ribuan terima kasih kepada majikan-majikan, wakil-wakil Industri, Institusi Latihan Kemahiran dan pencari kerja atas kesudian menghadiri Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera kali ini.
Semoga dengan perlaksanaan jelajah kerjaya ini, negeri Perak dapat mencapai objektif dalam membangunkan masyarakat yang kompetitif dan berdaya saing dalam meningkatkan taraf hidup sosioekonomi. PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.