Perasmian Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Kerian 2024

10 OGOS 2024 (SABTU), Parit Buntar

Perasmian Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Kerian 2024 ini telah disempurnakan oleh Puan Srihartini binti Mohamed Shamsudin (Ketua Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pengurusan Tanah) mewakili Yang Berhormat Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional Dan Hal Ehwal Masyarakat India), Encik Mohamad Fikri bin Mohd Junit (Pengurus Besar Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)), Encik Azizul Nazli bin Abd Hadi (Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Daerah Kerian) dan Encik Muhammad Syamil bin Sofian Suri (Pengurus Kes dan Ketua Unit SIP PERKESO Cawangan Taiping).

Matlamat utama Jelajah Kerjaya ini adalah untuk membantu graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja bagi mencari pekerjaan.
 
Program ini juga melibatkan kerjasama dengan majikan tempatan dalam mencari bakat-bakat bagi mengisi kekosongan jawatan dalam industri masing-masing.
 
Jelajah Kerjaya ini dijalankan secara bersemuka di Dewan Kerian Permai dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Lebih 3000 jawatan kosong ditawarkan dari 14 syarikat hadir yang pada program kali ini.
 
PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.