13 Julai 2024 (SABTU).
Perasmian Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Hulu Perak 2024 ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional Dan Hal Ehwal Masyarakat India) mewakili YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad (Menteri Besar Perak), Encik Mohamad Hamidi bin Baharuddin (Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Perak), Encik Faizal Nizam bin Md Nor (Ketua Penolong Pegawai daerah Hulu Perak), Encik Mohamad Fikri bin Mohd Junit (Pengurus Besar Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK)) dan Encik Mohd Zulhilmi Jufri bin Zakaria (Ketua Unit Penguatkuasaan PERKESO Kuala Kangsar).
Matlamat utama Jelajah Kerjaya ini adalah untuk membantu graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja bagi mencari pekerjaan.
Program ini juga melibatkan kerjasama dengan majikan tempatan dalam mencari bakat-bakat bagi mengisi kekosongan jawatan dalam industri masing-masing.
Jelajah Kerjaya ini dijalankan secara bersemuka di Kompleks Komuniti Desa KEMAS, Lenggong, Perak dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Lebih 400 jawatan kosong ditawarkan dari 11 syarikat hadir yang pada program kali ini.
PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.