Pemberian Sijil Kepada Majikan Karnival Kerjaya Perak Sejahtera

8 Septermber 2024 (AHAD), Ipoh.
 
Pemberian sijil kepada majikan oleh Encik Aldrin (Pengarah PASAK) kepada 60 majikan yang terlibat dalam Karnival Kerjaya Perak Sejahtera 2024.
 
60 syarikat yang terlibat, antaranya ialah Grab, Yamaha Electronic Manufacturing Sdn Bhd, Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman, RHB Asset Management Sdn Bhd dan Mydin.
 
Matlamat utama Karnival Kerjaya ini adalah untuk membantu graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja bagi mencari pekerjaan.
 
Program ini juga melibatkan kerjasama dengan majikan tempatan dalam mencari bakat-bakat bagi mengisi kekosongan jawatan dalam industri masing-masing.
Bukan itu sahaja, YB Tuan Azman Noh (ADUN Pengkalan Baharu) dan diringi oleh pegawai PASAK juga telah mengadakan sesi walkabout ke Karnival Kerjaya Perak Sejahtera di Stadium Indera Mulia.
 
Terima kasih kepada pihak majikan, pencari kerja dan rakan-rakan strategik yang komited dalam melaksanakan program Karnival Kerjaya Perak Sejahtera 2024.