JELAJAH KERJAYA PERAK SEJAHTERA ZON UTARA TAHUN 2025

Bagan Serai, 8 November 2025 – Pendaftaran peserta dan pengunjung berjalan lancar di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Bagan Serai, Perak. Suasana penuh semangat dengan kehadiran ramai pencari kerja serta agensi yang turut serta. Terus ikuti perkembangan sepanjang Program Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Zon Utara hari ini!
Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Zon Utara di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin, Bagan Serai, Perak. Program diteruskan dengan sesi temu duga bersama majikan daripada pelbagai sektor, memberikan peluang kepada para pencari kerja untuk berinteraksi secara terus dengan wakil syarikat serta mengetahui lebih lanjut tentang kekosongan jawatan yang ditawarkan.