Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Perak Tengah 2024

Kampong Gajah, 9 Mac 2024.

Telah berlangsungnya Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera di daerah Muallim yang bertempat di Dewan Serbaguna MDPT, Kampung Gajah, Perak. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Encik Khairudin bin Abu Hanipah (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan).


Tujuan perlaksanaan Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera ini adalah sebagai sebuah platform dan peluang yang terbaik kepada graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja. Program ini telah melibatkan kerjasama dengan 9 buah syarikat yang juga terdapat penglibatan dari Santunan Kasih Perak (Sunshine Qualicare Sdn Bhd), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pusat Latihan dan Pembangunan Komuniti (PLPK) HRD Corp, Kolej Felcra, Kolej Komuniti Pasir Salak, GIATMARA Pasir Salak, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar dan UiTM Cawangan Perak.


Sebanyak 2600 kekosongan jawatan yang telah ditawarkan pada program kali ini.

Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan ribuan terima kasih kepada majikan-majikan, wakil-wakil Industri, Institusi Latihan Kemahiran dan pencari kerja atas kesudian menghadiri Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera kali ini. 


Semoga dengan perlaksanaan jelajah kerjaya ini, negeri Perak dapat mencapai objektif dalam membangunkan masyarakat yang kompetitif dan berdaya saing dalam meningkatkan taraf hidup sosioekonomi. PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.