Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Kerian 2024

10 Ogos 2024 (KHAMIS), Parit Buntar. 
 
Telah berlangsungnya Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera di daerah Hulu Perak yang bertempat di Dewan Kerian Permai, Parit Buntar. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Srihartini binti Mohamed Shamsudin (Ketua Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pengurusan Tanah) mewakili Yang Berhormat Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional Dan Hal Ehwal Masyarakat India).
 
Tujuan perlaksanaan Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera ini adalah sebagai sebuah platform dan peluang yang terbaik kepada graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja. Program ini telah melibatkan kerjasama dengan 14 buah syarikat yang juga terdapat penglibatan dari 4 Institusi TVET iaitu GIATMARA Parit Buntar, Kolej Komuniti Bagan Serai, Kolej Kemahiran Segatronic dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC). Sebanyak lebih 2000 kekosongan jawatan yang telah ditawarkan pada program kali ini.
 
Selain itu, forum Ngopi & Kerjaya : TVET Pertanian dengan moderator Encik Muhammad Faiz Nazrin bin Zulkeflee (Perwakilan Dewan Belia Gunung Semanggol) dengan panel Ir. Gs. Ts. Dr. Haji Mohd Rizman Sultan Mohd, Ts. Muhamad Nazarwin bin Zainal Abidin dan Muhammad Anwar Azwan bin Ali Basri telah dijalankan kepada pelajar-pelajar yang hadir pada hari ini.
 
Pada kali ini, telah berlangsung juga Klinik Kerjaya : Kursus Editing Menggunakan Telefon Pintar dan Kursus Pembuatan Pastri dan Kek. Kursus ini dijalankan dari pukul 9.00 pagi ke 1.00 tengah hari.
 
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan ribuan terima kasih kepada majikan-majikan, wakil-wakil Industri, Institusi Latihan Kemahiran dan pencari kerja atas kesudian menghadiri Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera kali ini.
 
Semoga dengan perlaksanaan jelajah kerjaya ini, negeri Perak dapat mencapai objektif dalam membangunkan masyarakat yang kompetitif dan berdaya saing dalam meningkatkan taraf hidup sosioekonomi. PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.