Tapah, 8 Jun 2024.
Telah berlangsungnya Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera di daerah Batang Padang yang bertempat di Dewan Merdeka, Tapah, Perak. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Jenny Choy Tsi Jen (Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri merangkap Ahli Dewan Negeri kawasan Canning)
Tujuan perlaksanaan Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera ini adalah sebagai sebuah platform dan peluang yang terbaik kepada graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja. Program ini telah melibatkan kerjasama dengan 10 buah syarikat yang juga terdapat penglibatan dari 6 Institusi TVET iaitu Kolej Komuniti Tapah, GIATMARA Tapah, UiTM Tapah, Aura Seri Spa, Persatuan Drone Perak dan Fauzana Legacy Academy KITA. Sebanyak 3500 kekosongan jawatan yang telah ditawarkan pada program kali ini.
Selain itu, taklimat Haluan Pendidikan dan Kerjaya selepas SPM oleh T.S Dr. Wong Yee Shian (Pensyarah dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)) telah dijalankan kepada pelajar-pelajar yang hadir pada hari ini.
Pada kali ini, telah berlangsung juga Kursus Asas Penjagaan Kuku (Manicure) dan Kursus Asas Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Motorsikal. Kursus ini dijalankan dari pukul 9.00 pagi ke 4.00 petang.
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan ribuan terima kasih kepada majikan-majikan, wakil-wakil Industri, Institusi Latihan Kemahiran dan pencari kerja atas kesudian menghadiri Jelajah Kerjaya Perak Sejahtera kali ini.
Semoga dengan perlaksanaan jelajah kerjaya ini, negeri Perak dapat mencapai objektif dalam membangunkan masyarakat yang kompetitif dan berdaya saing dalam meningkatkan taraf hidup sosioekonomi. PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.
@perakpasak next stop! di LENGGONG #jkps #lenggong #perak #kerja
♬ original sound - Pusat Aspirasi Anak Perak - Pusat Aspirasi Anak Perak