18 November 2023, Kerian.
Telah berlangsungnya Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera di daerah Kerian selama 1 hari di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Sabli bin Bakri (Pegawai Daerah Kerian).
Tujuan perlaksanaan Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera ini adalah sebagai sebuah platform dan peluang yang terbaik kepada graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja. Program ini telah melibatkan kerjasama dengan 10 buah syarikat yang juga terdapat penglibatan dari Giatmara Parit Buntar, Giatmara Bagan Serai, Kompas College, Kolej Komuniti Bagan Serai, Kolej Kemahiran Segatronik, Anak Kita Cookies dan PESDC. Sebanyak 1000 kekosongan jawatan yang telah ditawarkan pada program kali ini.
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan ribuan terima kasih kepada majikan-majikan, wakil-wakil Industri, Institusi Latihan Kemahiran dan pencari kerja atas kesudian menghadiri Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera kali ini.
Semoga dengan perlaksanaan karnival ini, negeri Perak dapat mencapai objektif dalam membangunkan masyarakat yang kompetitif dan berdaya saing dalam meningkatkan taraf hidup sosioekonomi. PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.
@perakpasak Orang Kerian, kome dah ready ke tu? Mohler hadir ke Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera Daerah Kerian 🫶🏻 #fypmalaysia #kerian
♬ original sound - Pusat Aspirasi Anak Perak - Pusat Aspirasi Anak Perak
@perakpasak terima kasih kerian, jumpa lagi tahun depan 👋 #kerian #fypmalaysia #fypperak #karnivalkerjaya #perak #fyp
♬ hata - kyra



