Tanjong Malim, 17 Februari 2024.
Telah berlangsungnya Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera di daerah Muallim yang bertempat di Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjong Malim. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Sivanesan A/L Achalingam (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional & Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak).
Tujuan perlaksanaan Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera ini adalah sebagai sebuah platform dan peluang yang terbaik kepada graduan, lepasan SPM dan juga pencari kerja. Program ini telah melibatkan kerjasama dengan 11 buah syarikat yang juga terdapat penglibatan dari IKBN Seri Iskandar, Giatmara Tanjung Malim, Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Geomatika Skill Institute (Perak) dan Perak Entrepreneur & Skills Development Centre (PESDC). Sebanyak 2000 kekosongan jawatan yang telah ditawarkan pada program kali ini.
Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) mengucapkan ribuan terima kasih kepada majikan-majikan, wakil-wakil Industri, Institusi Latihan Kemahiran dan pencari kerja atas kesudian menghadiri Jelajah Karnival Kerjaya Perak Sejahtera kali ini.
Semoga dengan perlaksanaan karnival ini, negeri Perak dapat mencapai objektif dalam membangunkan masyarakat yang kompetitif dan berdaya saing dalam meningkatkan taraf hidup sosioekonomi. PASAK akan terus komited menjalankan tanggungjawab untuk membantu lebih ramai masyarakat diluar sana.
@perakpasak terima kasih Muallim! and next to Perak Tengah! dah bersedia ke belum? #fypシ #peraktengah #kerjaya #carikerja
♬ Feels This Good - Jon Mero & LÒNIS



