Dewan Seri Iskandar, UiTM Seri Iskandar – 9 Oktober 2023.
Pihak Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah dijemput untuk turut serta bersama dalam Program Mesra Tanya Cikgu Saarani yang dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad (Menteri Besar Perak).
Antara pengisian sepanjang program ini berlangsung adalah Pocket Talk: MYFuturejobs oleh PERKESO Negeri Perak, Program Academy in Industry (Ail) dalam Meningkatkan Productivity Corporation (MPC) serta Sesi “Tanya Cikgu Saarani” yang merangkumi penerangan berkenaan Perak Sejahtera 2030 dan sesi soal jawab bersama peserta.
Selain itu, PASAK turut membuka booth pameran untuk khidmat perkongsian maklumat dan pendaftaran bagi pencari kerja melalui Aplikasi Talent Perak. Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung yang telah hadir bagi Program Mesra Tanya Cikgu Saarani yang dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program seperti ini mampu memberikan manfaat kepada para pengunjung yang hadir pada hari ini.
@perakpasak PASAK di Program Mesra Tanya Cikgu Saarani 👋 #fypage #perak #tanyaCikguSaarani #mesra @saaranimohamadofficial
♬ Cool Kids (our sped up version) - Echosmith



