Program Madani PERKESO Prihatin 2023

Sabtu – 30 September 2023.

Selesai sudah Program Madani PERKESO Prihatin, Teluk Intan 2023. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Woo Kah Leong (Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina Kerajaan Negeri Perak & ADUN Pasir Bedamar).

Pihak PERKESO telah menjemput Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) untuk membuka booth pameran untuk khidmat perkongsian maklumat dan produk bagi pengunjung yang hadir sepanjang program tersebut berlangsung.

Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung yang telah hadir bagi Program Madani PERKESO Prihatin 2023 dianjurkan pada kali ini. Diharapkan program seperti ini mampu memberikan manfaat kepada para pengunjung yang hadir pada hari ini.